Wednesday, April 24, 2013

Hiking Gunong Stong

Assalamualaikum...
dah lama x update blog nie...
 nie nk update aktivi terbaru yenz...

hiking gunung stong...
best kot...
nie ada beberapa gmbar yenz ngan kwn2 yenz masa hiking gunung stong aritu..

otw naik gunung






tempat berkhemah








menikmati pemandangan dari atas







mandi air bukit






tu je la...ada lg gmbr...mls nk upload dah..hahaha

lastly nie gmbr gunung dari bawah..







sekian....



Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

sempena hari guru nie terasa lak nk wat sajak tuk guru2 di dunia nie..trutama gru yg penah mengaja yenz...termasuk pensyarah la tu...hehehehe...
terima la....


Guru Pembentuk Dunia..



guru..
guru...
guru


guru...
setitik ilmu yg kau berikan...
mampu mengubah dunia..


guru..
secebis ilmu yg kau curahkan...
mampu mengubah kehidupan seseorang...


guru...
sekerat ilmu yg kau salurkan pada kami...
mampu menyelamat kehidupan di dunia...


guru...
jika tanah yg kau berikan..
kami akan jdikan ia emas...
jika air yg kau berikan..
kami akan jdkan ia susu..


guru..
kau jadkan kami pemimpin..
kau jadikan kami pembela bangsa..
kau jadikan kami perantau..
kau jadikan kami pencipta..
dan yang penting..
kau jadikan kami manusia...


manusia..
manusia yang mengenal tuhan..
manusia yang mengenal agama..
manusia yang mengenal erti hidup..
manusia yang mengenal alam...


guru..
walau dimana kau berada kau tetap dalam ingtan kami...
terima kasih guru...
tanpa kau siapa lah kami..


terima kasih guru...
jasa mu tetap ku kenang



nie sajak ke???
entah la... xtaw la layak ke x di panggil sajak..
saje je nie..nk tmbah entry blog jew..hehehe
apepun SELAMAT HARI GURU (^_^)

Wednesday, May 11, 2011

karangan budak darjah 4

pagi nie yenz tgh baca artikel kat sini jumpa la citer nie...boleh tahan merapu la...hahaha..nie cerita dia yg yenz nk kongsi..=)


Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan
dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot
Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah
kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

hahaha...mcm mana citer dia...citer nie yenz amik kat cini

Wednesday, April 20, 2011

rokok yang tidak merbahaya





Nasihat untuk mengurangkan merokok dan saya mengesyorkan anda menggunakan produk e-cigarette adalah jalan terbaik untuk mengurangkan ketagihan merokok anda..

E-Cigarette adalah sejenis alat yang seakan ROKOK sebenar, ianya rasa seperti ROKOK. Nyatanya, rasa juga seakan ROKOK sebenar. E-cigarette dipasarkan sebagai alternatif kesihatan kepada perokok-perokok yang tegar merokok rokok yang merbahaya.

E-cigarette merupakan alternatif yang terbaik untuk menggantikan rokok yang sedia ada yang mana terkandung bahan-bahan yang membahayakan kesihatan serta persekitaran dan juga orang-orang yang tersayang. Ini adalah satu cara yang sihat dan selamat untuk anda menikmati ROKOK seperti yang sekarang anda hisap!

Kelebihan Electronic-Cigarette:

1. Tiada kesan sampingan seperti anda menghisap ROKOK biasa!

2. Rokok Elektronik tidak mengaratkan gigi dan menghitamkan bibir anda.


3. Rokok elektronik mengandungi nikotin. Nikotin tidak membahayakan kesihatan kerana ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia seperti carcinogens, tembakau, tar, karbon monoksida, sisa abu dan bau busuk.


4. Tiada kesan terhadap Smoke Detector!


5. Mempunyai beberapa perasa seperti ROKOK sebenar!


6. Membantu mengurangkan kadar pengambilan ROKOK berbahaya!


7. Anda dapat berjimat lebih banyak berbanding menghisap ROKOK biasa!


8. Electronic-Cigarette tidak mengeluarkan asap tetapi mengeluarkan wap air yang nampak seakan-akan asap.


9. Anda juga boleh menikmatinya ketika memandu dan tak perlu buka tingkap! Layan Electronic-Cigarette dalam bilik penghawa dingin dan juga stesen minyak~


10. Baju anda juga tidak lagi berbau ROKOK yang tidak disukai oleh orang-orang yang tersayang.


11. Bau mulut anda juga tidak lagi berbau ROKOK dan anda lebih mudah berkomunikasi dengan orang yang bencikan ROKOK...


12. Electronic-Cigarette juga sesuai dibuat cenderahati untuk orang yang tersayang. 

HINDARILAH ROKOK TRADISIONAL (BIASA), BERALIHLAH KE ROKOK ELEKTRONIK !!!

Maklumat lanjut dan pembelian layari website http://www.emsnh.co.cc @ facebook http://www.fb.me/msnhenterprise



maklumat ini yenz amik d sini

Tuesday, April 19, 2011

Tak Ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal
membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak
henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.



Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.



Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya
kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.



" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.



"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.



"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.



"Tidak..", jawab wanita itu.



"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati



"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.



cerita nie dapat kat sini

Sunday, April 10, 2011

report projek line follower

kalu nk report projek line follower boleh la kamu semua download di link dibawah..

http://www.scribd.com/doc/52685120/Report-Projek

(sebenarnya yenz nk cuba2 nk letak file pdf nie jew...huhuhu)


Thursday, December 30, 2010

Ragam budak IPT..(loan)

sebelom masuk loan...
 A : bila la nk masuk loan nis....
 B : wey loan dah lom nis...
 C: wey try ko cek loan dah masuk lom..

(hari2 g atm cek duit dah masuk ke x)...

loan dah masuk...
 A ; wey loan dah la....jom bowling...
 B : jom teman aku cari enset...
 C : jom p shopping kat wakaf che yeh...duit loan kan dah masuk....hahaha
 D : kita p bakar ayam kat pantai nk...

(kita enjoy...)

loan dah hbs...
A : duit dah xder r..kena slow skit nis...
B : ada org nk beli enset x...aku nk jual la...
C : duk umah jew la...save bajet..
D : makan maggi jew....

(duk diam2 kat umah..) 


P/s Dpt duit loan tu pandai2 la berjimat k...huhuh