Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

sempena hari guru nie terasa lak nk wat sajak tuk guru2 di dunia nie..trutama gru yg penah mengaja yenz...termasuk pensyarah la tu...hehehehe...
terima la....


Guru Pembentuk Dunia..



guru..
guru...
guru


guru...
setitik ilmu yg kau berikan...
mampu mengubah dunia..


guru..
secebis ilmu yg kau curahkan...
mampu mengubah kehidupan seseorang...


guru...
sekerat ilmu yg kau salurkan pada kami...
mampu menyelamat kehidupan di dunia...


guru...
jika tanah yg kau berikan..
kami akan jdikan ia emas...
jika air yg kau berikan..
kami akan jdkan ia susu..


guru..
kau jadkan kami pemimpin..
kau jadikan kami pembela bangsa..
kau jadikan kami perantau..
kau jadikan kami pencipta..
dan yang penting..
kau jadikan kami manusia...


manusia..
manusia yang mengenal tuhan..
manusia yang mengenal agama..
manusia yang mengenal erti hidup..
manusia yang mengenal alam...


guru..
walau dimana kau berada kau tetap dalam ingtan kami...
terima kasih guru...
tanpa kau siapa lah kami..


terima kasih guru...
jasa mu tetap ku kenang



nie sajak ke???
entah la... xtaw la layak ke x di panggil sajak..
saje je nie..nk tmbah entry blog jew..hehehe
apepun SELAMAT HARI GURU (^_^)

Friday, October 15, 2010

Dia..


saatku lihat dia tersenyum
ku rasa 
matahari semakin bersinar
saatku lihat dia bersedih
ku rasa 
air laut semakin bergelora
adakah ini yg dinamakan cinta??..

saatku sendirian
dia datang menjelma
saatku kesunyian
dia datang dengan senyuman
adakah ini yg dinamakan cinta??..

saatku lihat dia ketawa
hatiku berbunga riang
saatku lihat dia bersedih
hatiku dilanda gelisah
adakah ini yg dinamakan cinta??..

jika benar aku mencintainya...
mampukah aku memilikinya...

aku sedar..
mengenalimu adalah satu anugerah..
mencintaimu adalah satu nikmat..
tapi...
memilikimu adalah satu mimpi..
mimpi yang x mungkin jadi kenyataan...

Wednesday, September 29, 2010

i love my fwen..


kawan
satu pertemuan 
membuat kita bersama sampai hari ini
telah banyak perkara yang telah kita tempuhi besama
tidak kira suka dan duka
kau tetap bersama aku
dikala aku kesedihan 
kau datang membawa senyuman
dikala aku kehilangan arah
kau datang membawa petunjuk
dikala aku takut 
kau datang membawa keberanian
kawan
biar pun kita dari dunia yang berbeza
kita tetap menjadi kawan
biar pun dunia yg memisahkan kita
kau tetap kawanku
yang ku kenang selagi jasad dan roh bersatu..

p/s--ditujukan khas buat semua yang mengenali diriku...